I M A N

Tim i-Humor's picture

Ada seorang yang saleh dan sangat beriman kepada Tuhan. Lebih beriman dari nabi Abraham. Suatu hari hujan turun dengan lebatnya, dari pagi hingga ke malam. Tidak berhenti-henti. Oleh kerana kawasan rumahnya rendah, maka rumahnya mulai dibanjiri (termasuk jiran-jirannya). Air mula memasuki rumahnya. Tidak lama kemudian paras air naik hingga ke pinggang.

Tiba-tiba terdengar suara dari luar rumah, "saudara, mari ikut kami menaiki sampan (perahu) ini sebelum air naik lebih tinggi."
Pemuda itu menjawab, "Saya tidak perlu sampan itu kerana saya beriman kepada Tuhan. Saya pasti Dia akan menyelamatkan saya."
Walaupun mereka terus berkeras untuk membawa pemuda itu, tapi dia tetap menolak.

Hujan masih turun dengan lebatnya dan paras air terus naik sehingga paras dada. Kemudian terdengar lagi orang berteriak di luar, "saudara silalah naik ke bot bersama-sama dengan kami, supaya anda tidak mati."
Pemuda itu terus berkeras untuk menolak tawaran ini dan berkata seperti tadi, "saya tidak perlu bot itu kerana saya beriman kepada Tuhan. Saya pasti Dia akan menyelamatkan saya." Walaupun mereka ingin membawanya tetapi semua usaha gagal. Akhirnya mereka pergi.

Ketika paras air semakin naik, pemuda itu menaiki bumbung rumahnya untuk menyelamatkan dirinya. Dia terus berdoa dan mempercayai bahwa Tuhan akan menyelamatkannya. Beberapa minit kemudian paras air mencapai di lehernya, walaupun dia berada di atas bumbung rumahnya. Terdengar suara sebuah halikaptor menghampiri pemuda itu dan juruterbangnya berkata, "saudara silalah naik ke kapal dengan menaiki anak tangga ini bersama-sama dengan kami, supaya anda tidak mati lemas." Seperti tadi pemuda itu berkeras dan berkata, "saya tidak perlu kapal itu kerana saya beriman kepada Tuhan. Saya pasti Dia akan menyelamatkan saya." Juruterbang halikaptor itu terus mendorong dia supaya menaiki tapi pemuda itu terus berkeras. Akhirnya juruterbang itu beredar dari tempat itu.

Paras air semakin naik dan akhirnya pemuda itu meninggal dunia. Maka sampailah dia di Surga. Dengan hati yang marah dia berjalan menuju ke hadapan Tuhan Yesus, sambil berkata dengan suara yang kuat, "Tuhan Yesus, sia-sia sahaja saya berdoa dan beriman kepada-Mu. Lihatlah! Saya sudah meninggal dunia. Sewaktu saya berada di dalam kesusahan Engkau tidak datang menolong." Dengan senyuman yang manis Tuhan Yesus menjawab, "anak-Ku, anak-Ku, Aku sungguh mengasihimu.
Aku tidak pernah meninggalkan dan membiarkanmu seorang diri. Sebenarnya Aku berusaha membantu engkau. Pertama Aku menghantar sebuah sampan tetapi kamu tidak menaikinya, kemudian Aku menghantar sebuah bot, tetapi kamu tetap tidak menaikinya dan akhirnya Aku menghantar sebuah halikaptor, kamu tidak juga menaikinya."

Sumber: Elisius <sius@>.

Tinggalkan Komentar